Wednesday, 12 April 2017

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka

2. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka

(1826)

 Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Melaka atau lebih dikenali sebagai Sekolah Tinggi Melaka (STM) merupakan sekolah kedua tertua di Malaysia setelah Penang Free School. Sekolah yang kini megah berdiri di Jalan Chan Koon Cheng, Melaka ini telah melahirkan ramai anak Malaysia yang kini namanya gah dalam mahupun luar negara menerusi bidang masing-masing. Malah beberapa kejayaan dalam mahupun luar negara telah beberapa kali dikecapi sehingga ke hari ini. Malah, pelbagai pengiktirafan telah diterima oleh SMK Tinggi Melaka antaranya sebagai salah satu sekolah premier di Malaysia, dan Anugerah Sekolah Cemerlang (Kategori Lonjakan Saujana SPM). Baru baru ini SMK Tinggi Melaka telah diiktiraf sebagai salah sebuah sekolah kluster kecemerlangan di Malaysia.

Bermula pada 7 Disember 1826, STM dengan rasminya ditubuhkan. Penubuhan ini adalah tidak lama setelah negeri Melaka menjadi wilayah jajahan Inggeris (17 Mac 1824). Penubuhannya adalah ilham Thomas H. Moore yang telah datang ke Melaka pada 1825 atas undangan Milne untuk menjadi tenaga pengajar di Anglo Chinese College. Dalam suratnya yang bertarikh 4 Januari 1825, beliau Thomas H. Moor telah menyatakan hasratnya kepada Arundel di Kota London untuk membuka sebuah sekolah aliran Inggeris di Melaka. Ilham beliau telah mendapat sokongan dan perhatian daripada beberapa orang yang berpengaruh, termasuklah James Humphrey iaitu seorang “Superintendent” dalam London Society’s Mission. Dengan bantuan mereka semua inilah secara rasmi “Malacca Free School” dibuka.


 

5 comments:

  1. perkongsian yang sangat menarik..

    ReplyDelete
  2. Sekolah lama-lama ni mesti banyak hantu. Sekolah ni saya baru tahu sebab baca post ni. Sangat membantu!!

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat membantu..

    ReplyDelete

Sejarah Sekolah Tertua di Malaysia

St. Xavier's Institution, Penang (1852)

 3. St. Xavier's Institution, Penang (1852) St Xavier's Institution  is a boys' school in  George Town ,  Penang ,  Mal...

Sejarah